09 May 2010

Selamat tinggal Taska Oly

Khamis (6 Mei 2010) lepas adalah hari terakhir Ilham di Taska Oly. Mama akan bertukar ke tempat keje baru di Temerloh. Mama hantar Ilham ke Taska Oly dari usia Ilham baru mencecah 2 bulan sehinggalah sekarang Ilham dah pun 2 tahun. Walaupun Taska Oly ni tempatnye 'biasa-biasa' saja tapi mama amat berpuas hati dengan jagaan yang diberikan. Bayarannya pun amatlah berpatutan RM180.00 sahaja, dari Ilham baby sampai la Ilham berhenti itulah bayarannye tak de kurang tak de tambah. Terima kasih diucapkan kepada Auntie Ros. Lepas ni tak tau la nak hantar Ilham ke taska mana pulak. Dah dapat rumah sewa nanti baru mama akan cari taska untuk Ilham. Buat sementara waktu ni Ilham mama hantar ke rumah nenek di Jengka.





No comments:

Post a Comment