09 December 2009

Check up 1 tahun 9 bulan

Hari ni 10 Disember 2009 bawak ilham pergi check up. Dah 21 bulan beratnye cume 9.5kg. Masih dalam line putih tapi dah dekat nak masuk dalam line kuning dah. Memang spesis kecil orangnya. So far semuanya ok, nurse bagi makan ubat cacing. Next check up on 4 Mac 2010..........8 hari selepas tu ilham dah 2 tahun.

Panjat-panjat




17 November 2009

Ni ape?

Mama : Ilham.....ni ape?
ilham : pish (fish)
mama : ni ape?
ilham : gitar
mama : ni?
ilham : bibi (baby)
mama : ni?
ilham : ori (lori)
mama : ni?
ilham : koo koo (buat bunyi ayam)
mama : ni?
ilham : aummm (buat bunyi harimau)
mama : ni?
ilham : air (tak tahu nak sebut cawan tapi tahu kegunaannya untuk mengisi air)

Santai-santai kat Padang Tras

Tengok perlawanan bola sepak veteren dengan mama dan papa
di padang Tras pada 9 Nov 2009.
tak sempat tengok sampai abis sebab hari hujan la pulak.

Guna semula

Carseat ni dah lame mama keluarkan dari kereta, sejak ilham dah pandai berdiri lagi.
mama keluarkan sebab ilham tak nak duduk dalam carseat ni tapi nak berdiri plak dalam tu.
takut tetibe ma brek mengejut tercampak lak ilham. so mama simpan la carseat ni kat bilik atas.
hujung minggu lepas mama mengemas bilik atas tu so mama bawak turun balik carseat ni.

sampai tido pun dalam carseat
malam tu mama simpan balik la carseat ni sebab ilham dah mule menggunakan kreativitinye.
diterbalikkan carseat ni buat macam papan gelongsor.

OTW Jengka ke Bentong

Balik ke Bentong dari rumah atuk dan nenek di Jengka pada 8 November 2009.
papa memandu dengan cermat dan berhati-hati
mama setia menemani papa.

ilham lak.......
V
V
V
V
V
V
V
V
V
syoknye tido kat seat belakang.

13 November 2009

Semoga selamat pergi, selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur

Alhamdulillah, rezki atuk dan nenek tahun ni dapat pergi ke mekah menunaikan haji. Kali ke 2 buat atuk dan pertama kali buat nenek. semoga semuanya selamat.
Tarikh : 11 November 2009
waktu mendaftar : 9.30 malam
waktu penerbangan : 1.30 pg, KT 66

suasana di sekitar kelana jayasampai je makan dulu
sebelum mendaftar masuk
antara barang mainan yang sempat disambar oleh ilham.

belon spongebob rm7.00
lampu rm5.00

29 October 2009

Memilih

Dah besar sikit ni dah pandai memilih pengasuh. Kalau bukan Cik (pengasuh merangkap tokey taska) yang ambik mesti nangis. Siap dikaitnye pinggang mama ni dengan kaki tak nak dilepaskan. Pengasuh bertukar ganti itu la agaknya ilham tak nak bila pengasuh baru yang ambik die dari mama.

19 October 2009

Khamis lepas - 15 Oktober 2009

Hari Khamis lepas mama bawak ilham ke opis sebelah petang tu sebab kat opis tak de orang. Kebanyakkan pergi Kuantan ade sambutan hari raye. So, mama bawak la ilham ke opis temankan mama, tak de la mama boring sangat. Pastu pukul 4 bawak ilham pegi jamuan raye ke rumah pegawai daerah Bentong.

Gambar kat opis





gambar kat open house kat rumah pegawai daerah

04 October 2009

satu tahun enam bulan

1. Sekarang ni tido tak pakai buai dah. Bile ngantok ambik bantal landing depan tv, tak lame lelap dah la. Tido siang pun sekali je dah. Biasenye dua kali, pagi sekali petang sekali. Skrg ni tido kul 12.00 kul 2.00 dah bangun, paling lame pukul 3.00 baru bangun. malam plak kul 9.00 tu dah baring-baring depan tv dah.

2. Beberapa perkataan dari ilham :
owi (lori)
baby
kakak
cak (cicak)
pe tu (ape tu)
pish (fish)
babang (abang)
bom bom bak (tom tom bak)
kong kong kah - mama pun tak tau la ape yg ilham cakap kan ni

3. Dah pandai salam dan cium tangan. Sebelum hantar taska, dalam kereta akan salam, cium tangan dan pipi mama.

4. bile baca doa akan tadah tangan tapi doa lom abis lagi ilham awal-awal dah aminkan.

5. bile time iklan akan berjoget-joget depan tv.

6. time nak yak akan lari tepi sliding door.

01 October 2009

Tak mau disuap

nak makan sendiri, kalau mama suap tak nak makan.

alas dengan surat khabar supaya tak berselerak
dan senang mama nak kemas hi hi....
baru pas mandi tu yang tak berbaju tu.
tau je la kalau dah makan sendiri ni.
tu pun pas makan mandi kan sekejap....comot.
gambar ni tak de kene mengene dengan cerite kat atas.
sesaje jek mama nak inteprem he he

02 August 2009

Kolam ikan & kolam renang

acara santai di kolam ikan
makanan ikan nak bagi pada papa
tak sampai ke papa pun makanan ikan tu
dua beranak
semalam (ahad) bawak ilham pergi mandi manda di kolam renang awam MPB.
seronok bukan main la ilham dapat main air.
cuaca panas terik tidak dihiraukan


tiket masuk