14 April 2009

Basikal

Ilham lom ade basikal lagi. Dalam gambar ni, basikal Yad. Hari tu naik beskal si kembar, tak pasal2 terjatuh la plak. Sib baik jatuhnye dalam keadaan slow motion tapi nangis nye satu kuartes leh dengar. so, tunggu besar sikit, dalam dua tiga bulan lagi baru mama belikan ilham basikal k. lagipun ilham baru jek pandai berjalan kan..... biar lambat asalkan selamat.



beruntung budak2 zaman sekarang ni. mama dulu darjah 2 baru dpt basikal, atuk ilham belikan sebab mama pekse dapat nombor 1. itulah basikal pertama dan terakhir mama. beskal tu penah kene curi. oleh kerana instinct atuk sgt kuat, basikal tu telah ditemui semula tapi dah siap kene modified jadi ranggi, seat ditinggikan, carier belakang tu pun dah dibuang.

No comments:

Post a Comment