27 April 2010

malam tadi 27 April 2010

Mama malas nak masak, so malam tadi makan kat luar je la.



19 April 2010

17/4/2010 - Mandi manda di air terjun chamang (cerita tanpa gambar)

Sabtu lepas kami 3 beranak pergi mandi manda di air terjun chamang. punye la ramai umat manusia kat situ, mungkin disebabkan cuaca yang agak panas sekarang ni. setelah dapat tempat yang agak sesuai untuk kami bertiga, apalagi berendam la dalam air terjun tu. nikmatnye......dah lame tak rase air sejuk macam tu maklumlah kat rumah air paip pun panas. lame jugak la berendamnye dekat 1/2 jam. bibir ilham pun dah biru siap menggigil-gigil lagi. bila diajak balik, dijawabnye 'a nak' sambil menggeleng-gelengkan kepala. last-last terpaksa la mama dukung ilham yang sambil menangis bawak keluar dari air. bawak ke kereta pun masih menangis lagi. selepas mama salin baju, kami tiga beranak bergerak untuk balik. tak dan jauh pun bergeraknye, ilham dah terlelap kat seat belakang dalam keadaan berdiri.....ngantuk sangatlah tu, padan la mengamuk. papa berhenti kereta tepi jalan, mama baringkan ilham. sampai rumah, angkat masuk bilik pun tak sedar dah punyalah lenanya tidur. ok lah ilham, next time kite ajak papa pergi mandi lagi k......bukan jauh pun.