30 July 2009

Santai

tengah ralit tengok national geographic cerite pasal binatang-binatang.

26 July 2009

Majlis Aqiqah Ilham - 25 Julai 2009

Alhamdulillah...akhirnya tercapai jugak hasrat mama untuk buat aqiqah untuk ilham.
nenek dan kambing. tengah cari rambutan nak bagi kambing makan
si kecil yang diraikan. tak takut pun dengan kambing tu.
sib baik kambing ni baik dan manja pulak tuh.
makan pun bersuap
terima kasih kepada semua ahli blok 6 yang bertungkus lumus
dari pagi sehinggalah majlis ini selesai. gambar pada hari majlis berlangsung tak ambik
sebab mama terlupa....lagipun pada hari majlis tu kan agak sibuk.
seawal 5 pagi mama, papa dan nenek dah keluar ke pasar borong.
tentang nak ambik-ambik gambar ni langsung dah tak teringat.

19 July 2009

Tolo car dan lebam

Duk main bola depan umah,
lari-lari pastu jatuh tersembam atas jalan tar.
Kesian si kecil mama, lebam dah dahi tu.


Tolo car pulak.
Tengok tu....buat aksi dahhhh.

12 July 2009

Bermain di playground




Seronok sangat la dapat main kat taman.

Menghampiri usia satu tahun empat bulan, rase cepat pulak masa berlalu. Ilham sekarang sudah faham beberapa arahan contohnya: 'ilham, jom mandi' terus je pergi depan pintu bilik mandi. 'ilham bak remote'. ilham tak faham apa itu remote, mama kene tunjuk ke arah remote tu. bile tunjuk baru ilham tahu then ambik bagi kat mama. 'ilham, lap hingus'. ilham pergi ambik kain lap hingus (biasa mama sangkut kat buai) dan kesat kat hidung die

program tv yang paling ilham suka adalah iklan. Bile iklan jek, tengah ralit main pun boleh berhenti sekejap tengok dulu iklan tu pas habis iklan sambung main balik.