01 April 2012

Baiti Jannati Da Series - Episod 2




Disebabkan tapak rumah ni pokoknya adalah ala ala mini balak 
kenalah upah untuk potong pokok-pokok tu. 
Sewa jentolak - (RM 450 x 2 hari) + (RM160.00 x 1/2 hari) 
Upah tebang pokok = RM200
Pasni boleh la buat kira-kira untuk beli barang-barang binaan pulak.

IQRA' 1

Alhamdulillah ilham dah selesai dengan iqra' 1. Huruf semua dah kenal cuma kadang-kadang tu terkonfius antara 'ma' dan 'ha' dan sekali-sekala terlupa huruf 'ka'. Tak sampai dua bulan mama ajar ilham iqra' 1 ni. Mase  mula-mula ajar dulu macam susah jek tapi tak sangka pulak lepas tu senang je ajar. Tu la orang cakap budak kecik ni macam span, ape yang diajar mudah diserap. 

Iqra' 2 dah start malam semalam. Mama rase macam susah jugak la bagi Ilham sebab hurufnya dah bersambung-sambung, bentuk huruf tu pun dah berubah sikit.  Tapi seperti iqra' 1 jugak la jangan underestimate budak-budak ni kan. Mama je rase macam susah padahal ilham okey jek. Apepun gud luck tu ilham dan mama jugak....hihi.

26 March 2012

Baiti Jannati Da Series - Episod 1

Perancangan pada tahun ini adalah untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami tiga beranak. Kewangan dan tapak rumahnye sudah pun ada. Kalau tiada aral, pembersihan untuk tapak rumah akan dibuat pada hari Ahad ini. Selepas tapak rumah tersedia boleh la dimulakan proses pembinaannya. Kontraktornya tak lain tak bukan papa sendiri la......  Bile rumah dah siap nanti bermakna Ilham akan bertukar sekolah la jawabnya. Semoga semuanya berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Idea pelan rumah diceduk dari internet dan diubahsuai sedikit dengan idea mama dan papa.


11 March 2012

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-4 ILHAM ZAKWAN 12 MAC 2012

Pejam celik pejam celik dah empat tahun umur anak mama ni ye. Soalan yang selalu ditanye 'bile nak dapat adik'? Bile ekk....? mama pun tak taw.

Budak 4 tahun sekarang dengan budak 4 tahun zaman mama dulu memang jauh berbeza. Jadual seharian agak padat.
6.50 am : bangun tido, mandi dan bersiap untuk ke tabika (tabika kemas)
7.40 am : gerak dari rumah ke tabika
7.55 am sampai 12.00 pm : tabika
12.00 - 1.00 pm : lepak kat opis mama jap sementara nak tunggu mama rehat kul 1.00. biasanya tak sampai kul 1 pun....12.45 dah keluar
1.00 - 2.00 pm : balik rumah, mandi, makan tengah hari then bersiap untuk ke taska
2.00 - 5.15 pm : taska
5.15 pm : mama jemput balik rumah. sampai rumah tak dan masuk rumah pun terus main basikal/main bola.
7.00 pm : mandi pastu makan malam
8.00 - 9.00 pm : ngaji
9.00 : santai-santai depan tv pastu tido. kalau penat 9 lebih sikit dah lelap. kalau tak penat pukul 10 lebih pun belom tido lagi.

diusia 4 tahun..... nyanyi ABC, kira 123 (BM & BI) memang lancarlah. tapi bile tunjuk hurufnyer tak kenal pun lagi. baca iqra' pulak baru sampai da. agak payah untuk mengingat huruf ha. biasa la bile ngaji ngan mama ni macam-macam la karenahnye, kadang tu geram je mama nengok. sabar je la.

walau apapun mama tak de la nak memaksa ilham. biarla die belajar slow-slow. budak baru 4 tahun ape la nak dipakse-pakse kan sangat.

hepi besday to you......love u so much!




06 December 2011

balik kampung 2-3 disember 2011

family
basikal tue


pagi sebelum gerak ke kampung. sempat lagi main basikal