06 February 2011

CNY dan chicken pox.

Kebetulan time cuti panjang ilham kene chicken pox (cp). Petang rabu sebelum cuti CNY mama ambil ilham kat taska, cikgu bagitau ilham ade tanda-tanda cp kat leher die. Balik rumah mama buka baju ilham cek seluruh badan dah banyak bintik-bintik tu keluar kat peha dan punggung. malam tu pas maghrib bawak ilham ke klinik dan dr sahkan ilham kene cp. asalnye nak balik ke jengka malam tu, so tak jadi la....pagi esok baru gerak ke jengka. pagi CNY tu ilham dan mula demam. sampai jengka ramai pulak sepupu ilham yang balik. demam pun tak gaye orang demam dah duk main jek.

hari pertama CP (hari khamis 3/2/11)

hari jumaat bile semua sepupu ilham dah balik mula la melepek jek. seharian terbaring. mase ni badan ilham memang panas sangat. makan pun tak nak. buatkan bubur ade la dua sudu makannye. bagi air kelapa supaya cp tu keluar. disebababkan ilham belum baik terpaksa la mama sambung cuti lagi seminggu. Lame sungguh cuti weh! Masuk kerja hari Isnin, Selasa cuti maulidur rasul pulak.

hari ke-2 (Jumaat).
yang putih-putih tu sapu calamine losyen ambik kat klinik.

hari ke-5 (isnin)


Beberapa petua dan pantang larang yang mama dapat semasa ilham kene cp :


1. Tak boleh lalu bawah pokok nangka/cempedak takut cp tu keluar banyak macam kulit nangka/cempedak tu. Bagi mama, pantang larang ni tak betul sama sekali sebabnya masa ilham kena cp tu banyak kali lalu bawah pokok cempedak. mama parking kereta pun bawah pokok cempedak. tepi dapur rumah nenek tu pun ade pokok cempedak.

2. Tak boleh mandi. Ni pun mama rase tak betul gak. Sepanjang ilham demam tak pernah sehari pun ilham tak mandi. Nak pulak bile badan ilham panas, mama mesti akan mandikan sebelah pagi atau petang. Pada mama mandi adalah the best remedy untuk turunkan panas badan. Tapi janganlah mandi time tengahari bute pulak.

3. Tak boleh kena hujan takut parut jadi hitam. Mungkin betul la kot sebab masa ilham kena cp tak de pulak hujan turun.

4. Minum air kelapa untuk keluarkan cp tu. Mama ade bagi jugak ilham minum air kelapa. Ilham minum sikit sangat. CP tu still keluar. Yang mama perasan masa badan ilham panas sangat (hari jumaat) memang banyak la cp tu keluar.


hari ke-12 (isnin). Sebelum hantar ke taska