30 January 2011

pampesless

bile hari cuti, ilham hanya akan dipakaikan pampes time die dah tidur malam sahaja. kat taska mungkin cikgu pakaikan mase nap sebab akan luak satu pampes dari tiga yang dibekalkan. ilham sendiri pun memang dah tak nak dipakaikan pampes, klu pukul 3.00 pagi ke 4.00 pagi ke die terjaga mesti suruh bukak pampes tu. mama pulak risau takut terbocor. bile dah agak die lena mama pakaikan balik. kalau dah sedar dlm kul 5 tu mama tawakal je la. untuk setakat ni tak penah lagi bocor atas tilam. sekarang ni memang dah reti la sebut nak kencing atau nak biyak. kadang-kadang tu tengok dah tanggal seluar siap-siap dah.
susu pun sekarang ni mama dah tukarkan ke susu fernleaf. dah cuba buat dalam botol air tapi tak diminumnye. kalau buat dalam cawan lagi la buat tumpah jek......nak botol susu jugak. tak pe la, part ni cube slow2, jgn esok nak sekolah dah masih nyonyot lagi dah la.