12 December 2010

Kenduri di Felda Panching dan TC







12/12/2010 - pegi kenduri di felda panching. Lepas makan kenduri pergi pusing-pusing bandar kuantan. Lepas tu pergi Teluk Cempedak. Asalnye cuma nak bersantai-santai, tapi ilham dah tengok air laut tu ape lagi nak mandi la. Bagi la merase kejap mandi laut.

05 December 2010

perbualan di antara ilham dan mama di pagi hari

mama : ilham, bangun mandi pergi sekolah
ilham : (geleng-geleng kepala)
mama : ilham.....
ilham : ecok ecok
mama : bangun, mandi, pegi sekolah
ilham : ecok la
mama : dah tu ari ni nak wat pe
ilham : tido

alahai anak....pandai pulak bagi alasan.

01 December 2010

Belakang rumah



pisang nangka. dari mula pindah bulan 5 aritu dah tiga tandan ditebang.
sekarang ade tiga tandan lagi. itupun dah buang sikit anak pokoknye,
membiak sangat.
serai. yang dalam pasu tu pokok lada bawak dari bentong.
masih mengeluarkan hasil lg ni.
pokok bungan kantan dan pokok lengkuas.
yang nampak semak tu umah sebelah ekk... (mintak maaf org sebelah, terngumpat lak)
pandan, tanam kali ke 2 baru hidup.
tebu, benih dari bentong.
pokok limau purut, bawak pindah dari bentong jugak.
daun jarang-jaran sebab kene makan dek ulat.
kalau setakat nak buat tom yam boleh lg.
pokok betik bantut, dah lame tanam tak naik-naik.
sebelahnye pokok serai 2 rumpun.
sebelah serai pokok kari.
pokok kunyit tinggalan tuan rumah.
dalam polybag hitam tu daun kesom ngan daun salom.
tanam belakang umah yang sekangkang kera.