30 November 2010

riadah kat taman tasik chatin







main hujan

sekali-sekala bagi peluang kat ilham main hujan
seronok sangat dia. jenuh pujuk pulak suruh masuk rumah

sambung mandi dalam rumah pulak.
nasib baik tak deman.

23 November 2010

nak kolah!

Time ambik ilham dari taska selalu la ilham buat drama tak nak balik rumah....nak kolah, nak kolah (sambil menangis). masuk dalam kereta sambung nangis lagi. sampai umah tak nak keluar dari kereta pulak. Petang-petang kat taska semua budak-budak main kat luar. Seronok sangat tengah main mama pulak datang jemput balik tu yang menangis tak nak balik tu. kat rumah tak dek kawan nak main. mama pulak bile sampai rumah biasa la, macam keje nak buat....masak, basuh kain.

Semalam lepas mama siap masak mama bagi ilham main kat luar. Suke la dapat main luar rumah. Terus pegi rumah jiran sebelah, main dengan anak-anak rumah sebelah. Dekat maghrib jenuh pulak panggil suruh balik. Esok la pulak ye ilham.

22 November 2010

Aidiladha, air terjun sg. pandan, ikan bakar tanjung lumpur.

16/11/2010 - malam tu pas siap-siap basuh kain dan kemas rumah semua, bergerak ke chenor.

17/11/2010 - aidiladha. pukul 10.00 pagi gerak ke jengka nak jumpe sepupu-sepupu ilham yang ade balik. pukul 1.00 gerak semula ke chenor.

18/11/2010 - balik ke jengka. tidur di jengka satu malam.

19/11/2010 - petang papa datang ambik, balik ke tualang.

20/11/2010 - pagi gerak ke chenor, dari chenor pergi ke kuantan. mandi manda di hutan lipur sg. pandan. baru je sampai ilham tak dan dan dah nak mandinye. papa temankan ilham mandi dulu sementara mama makan. pastu tukar giliran pulak. jenuh pujuk suruh ilham naik, dekat 2 jam berendamnye.

senja makan kat tanjung lumpur. pas tu gerak balik. hantar tok ke chenor dulu kemudian kami tiga beranak balik ke our home sweet home di tmn tualang.

gambar tak de cume cerita sahaja.