17 October 2010

17/10/2010 - hari tanpa pampes (siang)

hari semalam mama telah berjaya train ilham tak pakai pampes pada siang hari. pagi tu ilham bangun tido pastu seperti biasa die akan membuang dulu la. bile dah membuang tu mama mandikan ilham terus. lepas mandi pakaikan baju semua, so mama decide untuk tidak memakaikan pampes kat ilham. mase tu pukul 9.00 pagi, risau la jugak kan takut terbocor. itu pun banyak kali pesan kat ilham kalau nak kencing bagi tau (ilham pun macam naik boring kot sebab asyik tanye je ade rase nak kencing tak hi hi.....).

kul 10.00 pagi mama bawak ilham ke bilik air suruh die kencing. ok, ilham kencing.

then pukul 11.00 mama bawak ilham ke bilik air lagi tapi ilham tak kencing pun. kul 11.30 ilham bagi tau nak biyak. cepat-cepat bukakan seluar masuk ke bilik air, ilham kencing.

pukul 12.30 mama bawak lagi ilham ke bilik air, seperti biasa suruh ilham kencing. masa ni pun ilham tak nak kencing jugak sampai nak menangis kene pakse ngan mama suruh kencing. kesian pulak kat ilham, nak kencing pun kene pakse. terpakse la buat macam tu sebab itu adalah sebahagian daripada latihannya.

Pukul 1.15 mandikan ilham, so mase tu ilham ade kencing la. lepas mandi dekat-dekat pukul 2.00 ilham dah nak tidur. papa suruh pakaikan pampes takut ilham terkencing mase tidur. mama cakap tak pe la cube je dulu.

pukul 3.45 mase tu mama kat dapur, tibe-tibe tengok ilham dah berdiri depan pintu bilik air cakap nak biyak, tak sedar pun ilham dah bangun. bukakan seluar pastu ilham kencing. dah keluar bilik air mama nak pakaikan seluar pastu ilham cakap nak biyak lagi. masuk semula ke dalam bilik air, kali ni ilham tak kencing tapi berak terus. hati mama berbunga-bunga sebab ilham dah pandai la kirenya tu kan.

pukul 5.00 petang bersiap-siap nak pergi ke rumah tok kat chenor. alang-alang dah seharian tak pakai pampes mama nekad la tak pakaikan pampes kat ilham petang tu. papa risau jugak takut ilham terkencing dalam kereta. mase kat rumah tok pun ok je la tak de la ilham terkencing dalam seluar, dalam pukul 6.30 ilham cakap nak kencing. mama bawak ilham kencing dalam bilik air. gerak dari chenor pukul 7.30 sampai rumah dalam pukul 8.00. pakaikan ilham baju tido. malam tu baru la pakaikan pampes kat ilham. so, next training adalah hujung minggu depan pulak.

walaupun semalam dah berjaya dalam sessi training yang pertama, tapi pagi ni kena la pakaikan balik pampes kat ilham sebab nak hantar ke taska. nampak gayenye hari cuti je la tak pakai pampes, hari biasa kene pakai sebab takut terkencing pulak kat taska. cube lagi dalam sessi latihan yang lain, bile ilham dah betul-betul mahir nanti mama akan bagitau cikgu kat taska ilham tak perlu lagi pakai pampes.

papa bawak balik hamper

papa dapat tempat ke 2 dalam pertandingan memancing jumaat lepas 15/10/10.
dapat la wang tunai sikit dengan hamper.



13 October 2010

master chef

setiap kali mama nak masak mesti ilham nak nyibuk sekali. nak bagi ilham ralit bagi la sebiji kentang dengan pisau pemotong kek tu, so tak de lak ngacau mama.





11 October 2010

imam muda in the making


pinjam kopiah atok.

Raya 2010

10.10.2010 - Euro Funfair @ Taman Rimba Mentakab

Malam 10.10.10 tu bawak ilham pergi funfair. Memang meriah dengan kunjungan ribuan umat manusia. Permainan memang best ala-ala genting. Gambar tak ambik pun sebab duk pegang ilham takut hilang pulak maklumlah orang ramai sangat. Yang tak bestnye dengan bayaran yang dikenakan, agak mahal. Masuk je kami tiga beranak dah kene RM10 (dewasa 2 token kanak-kanak 1 token) tu belum masuk token untuk main setiap permainan tu lagi. Malam tu ilham main tiga permainanan jek, itu je yang sesuai untuk die yang lain tu agak merbahaya untuk kanak-kanak macam ilham. Main kereta tiga kali. Sekali main 2 token, so untuk naik kereta tu saja 6 token. Pastu naik kuda 2 token. Mama berdiri kat sebelah ilham sebab cam tak confident je ilham naik sensorang. Berdiri pun kene gak 1 token tau! Last naik benda yang pusing-pusing tu (tak tau nak sebut ape) yang tu 2 token.

Jalan-jalan : 27.09.2010 Kuala Gandah, Lanchang