05 January 2010

Malam 2 Januari 2010

Pergi tengok pameran motor dan konsert kat Temerloh.

Hidung berdarah

Pada 27 Disember 2009 yang lepas ilham terjatuh dan hidungnye berdarah. Darahnye agak banyak la jugak sampai mama pun dan rase pening-pening tengok darah tu. Lepas darah dah berhenti keluar dan dah berhenti menangis ilham sambung la main balik sementara tunggu papa datang sebab petang tu nak balik Bentong.

Hari ahad siang tu ok jek main kat umah. Malam tu dalam pukul 10, ilham batuk-batuk, sambil batuk tu hidung berdarah lagi. Lepas darah berhenti ilham tidur. Pukul 3 pagi ilham macam resah jek, mama bukak lampu tengok atas tilam dah banyak darah keluar dari hidung die. Lepas darah berhenti ilham tidur semula.

Keesokkan pagi, ilham batuk dan keluar darah lagi dari hidung die. So, isnin tu mama tak keje la, ambik cuti kecemasan. Bawak pegi klinik, Dr. bagi surat suruh bawak ke hospital. Bawak ke hospital pergi ke kecemasan dan terus dapat jumpe Dr. Then bawak pergi x-ray kepala. Dari x-ray tu ok, tak ade ape-ape lah.



ruang menunggu di bilik x-ray : 28 Dec 2009


Hari selasa, mama hantar ilham ke taska. Petang tu ambik ilham dari taska cikgu bagi tau hidung ilham berdarah. Sampai rumah tengok hidung ilham berdarah jugak lagi.

Hari rabu sekali lagi bawak ilham ke hospital. Jumpa Dr. then kene x-ray lagi sekali bahagian hidung je pulak. Dari x-ray tu pun tak de ape-ape yang ganjil. Dr. bagi tau dalam tempoh 2 minggu kalau berdarah lagi bawak ke hospital semula.



ruang menunggu bilik rawatan : 30 Dec 2009

Cuci kolah mandi ngan atok

Asalnya tengok atok basuh kolah.
Ilham pun ape lagi nak masuk jugak la dalam kolah tu Nak main air tu yang sebenarnye.
(Yang kaler gelap tu bukan lumut tapi warna asal kolah tu, warna simen. Catnye dah tanggal. Nampak comot kan!)

KLIA 21 Dec 2009 menunggu ketibaan atok dan nenek dari tanah suci Mekah