22 April 2009

Jalan-jalan : Air Terjun Chamang









ahad lepas bawak ilham jalan-jalan ke air terjun chamang. tempatnye dekat jek ngan umah dalam 5km jek. 2nd time la ilham n mama ke sini. mule2 pegi dulu mase baru pindah bentong, ilham dalam perut lagi mase tu.

16 April 2009

Ilham macam muke sape?


kalau tengok dari my heritage look-alike meter ni, ilham lebih mirip kepada papa nya sebanyak 12%. kebanyakan org cakap ilham memang macam muke papa.

15 April 2009

Pagar dalam rumah


Pagar ni dibuat untuk menghalang ilham dari masuk ke dapur. klu terlepas jek masuk dapur ni macam2 keje la dibuat nye. tempat pertama yang dituju ke rak pinggan. abis segala besen ngan periuk mama tu dikuarkan untuk buat gendang. so, terpaksa la pasang pagar. papa ilham yang kreatif tu la yang buatkan.

kat tangga ni plak tutup ngan papan plywood jek, janji ilham tak lepas memanjat tangga tu. penah sekali sblm tutup kat tangga tu, mama pegi ke dapur sekejap nak buat susu, tengok2 dah sampai kat bahagian tengah tangga tu. berderau darah mama, sib baik la tak jatuh ilham.....tinggi tu. sejak letak plywood kat tangga ni, mama tak penah dah naik ke bilik atas tu. klu tak, seminggu sekali naik la jugak sapu habuk2 ngan sawang yang mendap dalam bilik tu. lagipun bilik atas tu kosong jek tak ade ape2 pun.

14 April 2009

Basikal

Ilham lom ade basikal lagi. Dalam gambar ni, basikal Yad. Hari tu naik beskal si kembar, tak pasal2 terjatuh la plak. Sib baik jatuhnye dalam keadaan slow motion tapi nangis nye satu kuartes leh dengar. so, tunggu besar sikit, dalam dua tiga bulan lagi baru mama belikan ilham basikal k. lagipun ilham baru jek pandai berjalan kan..... biar lambat asalkan selamat.



beruntung budak2 zaman sekarang ni. mama dulu darjah 2 baru dpt basikal, atuk ilham belikan sebab mama pekse dapat nombor 1. itulah basikal pertama dan terakhir mama. beskal tu penah kene curi. oleh kerana instinct atuk sgt kuat, basikal tu telah ditemui semula tapi dah siap kene modified jadi ranggi, seat ditinggikan, carier belakang tu pun dah dibuang.

Demam

Ambik ilham dari taska semalam ok jek. Kul 3 pagi tadi die duk merengek2. Pegi buatkan susu tp minum sikit jek. Badan ade sikit panas. lap2 dengan tuala lembap bagi badan tu tak panas sgt then bagi ubat demam. susah tul si kecil ni nak makan ubat jenuh berpegang. itupun sempat jugak diluakkan sikit yang dalam mulut tu. pastu duk merengek2 lagi....marah la tu pasal kene makan ubat. tak lame pastu tido semula. pagi tadi bangun ceria sungguh macam tak de ape2 berlaku jek malam tadi. bagi mandi, siap2, hantar taska. klu pagi tadi demam lagi mama ingat nak EL la arini.

08 April 2009

Alis mata

Mama paling suke tengok alis mata ilham. hitam n panjang tp tak lentik. tak tau la ikut sape. klu papa alis matanya memang hitam tapi tak panjang. mama plak alis mata tak panjang dan tak hitam pun. masa ngandungkan ilham dulu mama memang suke tengok alis mata papa.

gambar di ambil masa mama terjaga pas buatkan
susu utk ilham. pastu mama susah sgt nak tdo semula.
so, pasang lampu duk nengok ilham tido.